NADI – ESUKAN: Laluan Kerjaya Dalam E-Sukan

7 Jun 2026 | Aktiviti Terkini

6 Jun 2026 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, peserta telah mengikuti kelas dalam talian NADI – ESUKAN: Laluan Kerjaya Dalam E-Sukan.

Program NADI – E-Sukan: Laluan Kerjaya Dalam E-Sukan memberi pendedahan kepada pelajar bahawa e-sukan bukan sekadar bermain permainan video, malah merupakan sebuah industri yang menawarkan pelbagai peluang kerjaya. Peserta diperkenalkan kepada bidang seperti pemain profesional, jurulatih, pengulas permainan, penganjur kejohanan, pencipta kandungan, pereka grafik, penyunting video dan pengurus pasukan. Program ini turut menekankan kepentingan kemahiran komunikasi, kreativiti, disiplin dan penggunaan teknologi dalam membina masa depan dalam industri digital.

Melalui program ini, pelajar dapat melihat bahawa minat terhadap permainan video boleh dikembangkan menjadi kerjaya yang berpotensi apabila disertai dengan ilmu, kemahiran dan sikap yang positif.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali